Khamis, 29 April 2010

12 Prinsip Jutawan

Seorang pakar di dalam buat duit di internet iaitu saudara Mohd Nizam,telah membongkarkan 12 prinsip jutawan yang boleh kita ikut didalam menjana pendapatan di zaman kegawatan ekonomi sekarang ni.Jom sama2 kita baca :

1. Mereka rancangkan kejayaan mereka. Mereka menyematkan matlamat berapakahpendapatan yang diperlukan, mereka tahu berapa banyak yang perlu disimpandibank setiap tahun, dan mereka tahu berapa banyak modal yang diperlukanuntuk persaraan. Adalah satu kemestian bahawa jumlah tersebut ditulis denganjelas, kerana ia menjadi asas untuk tindakan. Dengan memberi tumpuan kepadamatlamat sekarang tidak akan menjejaskan jika terdapat sebarang halangan.

2. Mereka merancang dan bertindak. Mereka membuat satu simpanan tetap danterus menyimpan setiap bulan tanpa henti.

3. Orang kaya mempunyai disiplin. Mereka bertindak mengikut rancangan matlamatdan mengelakkan mengambil wang dari simpanan persaraan. Mereka tahu mengambilwang dari simpanan persaraan seperti “mencuri” daripada masa depan mereka.

4. Mereka membuat perlindungan daripada bencana. Ini bermakna mereka mengambilinsuran untuk melindungi diri daripada kehilangan aset penting seperti rumahatau kereta. Mereka juga mengambil insuran perlindungan diri sebagai persediaanjika terjadi sebarang bencana keatas diri sendiri.

5. Mereka cuba mengelakkan hutang. Seorang pengurus kewangan yang bijak cubauntuk mengelakkan hutang dan membayar dengan lebih awal jika boleh.

6. Mereka menjadikan pendapatan sementara kepada tetap dengan menyimpan denganbijak.

7. Mereka berjimat keatas setiap ringgit yang dibelanjakan.

8. Mereka benci berbelanja.

9. Mereka sukakan menyimpan. Mereka tahu setiap wang yang disimpan akanmemberikan hasil yang lumayan pada masa depan.

10. Mereka terus belajar daripada guru-guru yang sudah berjaya, oleh itu merekaakan lebih berjaya.

11. Mereka mempunyai sikap positif tentang wang. Mereka bukan seorang yang tamakatau menjadi hamba kepada duit sehingga melupakan tanggungjawab kepada Tuhan.

12. Mereka selalu mencari peluang untuk membuat wang dan menyimpan sebanyakyang boleh.

kesimpulan :Anda mahu jadi seperti jutawan?tepuk dada tanya hati :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan