Khamis, 15 Julai 2010

PANDUAN MELAKSANAKAN SOLAT HAJAT & DOA KESEJAHTERAAN

Sebaik-baik waktu sembahyang hajat adalah pada waktu tengah malam. Ini bersesuaian dengan Sabda Rasulullah saw apabila di soal oleh Abu Zar al-Ghiffari r.a. yang ertinya : “Solat malam yang manakah lebih afdal? Jawap baginda : “Di waktu separuh malam atau jauh malam, tetapi sayangnya amat sedikit yang melakukannya”. Cara Sembahyang sunat Hajat berikut di ambil dari riwayat Wuhaib bin Ward;

1. Lafaz Niat:

b496a9d9.jpg



Erti Niat : Sahaja aku sembahyang sunat hajat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.

2. Takbiratul Ihram beserta niat.

3. Membaca Al Fatihah, ayat Kursi dan Surah Al-Ikhlaas di dalam rakaat yang pertama dan di dalam rakaat yang kedua.

4. Sesudah memberi salam, sebelum berubah tempat, sujud pula sekali serta membaca doa di bawah kemudian pohonlah apakah hajat anda. Insya’Allah makbul. Jika solat 12 rakaat, sujud di luar solat ini di lakukan sesudah selesai 12 rakaat itu. Inilah doa yang di baca sewaktu bersujud;

602de98.jpg

Ertinya :

Maha Suci Tuhan yang memakai akan kemuliaan dan berfirman dengan dia. Maha Suci Tuhan yang bersifat dengan kebesaran dan kemurahan. Maha Suci Tuhan yang menghinggakan bilangan tiap-tiap sesuatu dengan ilmuNya. Maha Suci Tuhan yang sayogialah bertasbih selain untukNya. Maha Suci Tuhan yang mempunyai nikmat dan kurnia. Maha Suci Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Maha suci Tuhan yang mempunyai kekuasaan. Aku bermohon kepada Engkau dengan segala tempat kemuliaan dari Arasymu, dengan rahmat yang setinggi-tingginya dari KitabMu, dengan namaMu Yang Maha Agong, kesungguhanMu Yang Maha Tinggi dan Kalimat-Kalimat yang sempurna, lagi melengkapi, yang tidak dilampaui oleh orang yang berbuat kebajikan dan yang berbuat kejahatan. Bahawa Engkau anugerahkan rahmat kiranya kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad.

Ahad, 13 Jun 2010



Kenali 15 Superfoods Dalam Al-Quran

Kurma merupakan tumbuhan yang tidak asing dalam kalangan penduduk negara kita terutamanya apabila menjelang Ramadan.Kurma merupakan hidangan wajib ketika berbuka puasa.Kurma atau tamar atau istilah saintifi knya, phoenix dactyloferal merupakan sejenis tumbuhan yang mempunyai khasiat yang begitu banyak kepada umat manusia.

Allah SWT telah menyebut kalimah kurma sebanyak 21 kali dalam al-Quran.Firman Allah SWT dalam surah Maryam ayat 25-26 yang maksudnya:

"Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu,supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak. Maka,makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati daripada segala yang merunsingkan".

Daripada ayat ini,kita dapati dengan jelas Allah SWT mengarahkan Mariam a.s supaya memakan buah kurma untuk mengurangkan kesakitan bersalin dan menenangkan hati beliau ketika hendak melahirkan Isa a.s. Sekiranya ada buah yang lebih baik daripada kurma untuk menahan kesakitan bersalin nescaya Allah SWT akan mengurniakan buah tersebut kepada Mariam,tetapi ternyata tidak ada buah yang lebih baik daripada kurma di dunia ini untuk memudahkan proses bersalin.


Rasulullah SAW pernah bersabda: "Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma antara La Bataiha (dua tanah tidak berpasir di Madinah)pada waktu pagi,maka racun tidak akan dapat memudaratkannya sampai petang." (Sahih Muslim:no 3813)

Terdapat pelbagai jenis kategori kurma.Ketika muda kurma dipanggil balah,manakala ketika mekar kurma dipanggil ruthob, ketika masak,kurma dipanggil tamar dan kurma kering yang keras pula dipanggil labanah.Semua jenis kurma ini mempunyai khasiat yang tersendiri.

Kandungan Nutrien

Ramai yang tidak mengetahui bahawa kurma sangat kaya dengan zat galian dan vitamin.Antara zat galian dan vitamin yang terdapat dalam kurma ialah kalsium, zat besi, kalium, vitamin A, B, B1, B2, B3, vitamin C dan E. selain itu,kurma juga mengandungi unsur bebas lemak dan bebas kolesterol, asid amino triptofan, glukosa dan sukrosa.

Khasiat Kurma

Kurma mempunyai khasiat yang banyak.Antaranya kurma mampu mengelakkan penyakit,menyembuhkan penyakit, memudahkan proses bersalin, memudahkan pencernaan dan banyak lagi.

Artikel di atas dipetik dari BAB 1:Kurma dalam buku Kenali 15 Superfoods dalam Al-Quran.Maklumat lanjut berkenaan buku ini boleh didapati di http://www.books.perintis.com.my/

Sabtu, 5 Jun 2010

35 Petua Pelajar Cemerlang

Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.


Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:


kita ingat 10 % apa yang dibaca

kita ingat 20% apa yang didengar

kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat

kita ingat 70% apa yang dicakapkan

kita ingat 90% setelah dipraktikkan

Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.

Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).

…Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya….

Belajar dalam persekitaran kondusif.

pastikan cahaya adalah terang

kurangkan gangguan bunyi

tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar

tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran

kerusi dan meja menghadap kiblat

jangan lupa untuk senyum

Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.

Mengulang kaji menggunakan kaedah ‘output learning’ iaitu belajar untuk melatih
otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.

Tahu teknik merangsang memori:

memasukkan maklumat dalam memori (registration)

menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)

mengingat kembali (recall)

menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)

Sentiasa awal dan mendahului:

persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.

pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.

untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.

Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.

Mempunyai teknik membaca yang betul:

duduk dengan tegak & bernafas dengan betul

memberikan tumpuan sepanuhnya

menggunakan jari telunjuk untuk membaca

menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan

Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.

Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.

Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.

Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.

Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.

Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).

Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.

Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.

Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.

Mengulang kaji apabila mulai terlupa.

Tahu petua mengulang kaji

cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita

siapkan semua ‘bekalan’ dengan sempurna

duduk tegak dikerusi yang selesa

baca doa penerang hati

baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul

fikir dan ingat kembali isi utama

catat/lakar

semak semula ketepatan maklumat

ulang sebut atau ceritakan pada orang lain

buat rumusan

jawab soalan

tampal maklumat yang rumit di dinding

baca doa tanda kesyukuran selepas belajar

Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.

Tahu petua-petua agar tidak lupa:

jangan makan kepala ikan

jangan makan organ dalaman

jangan minum semasa makan

jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut

jangan melihat kemaluan

jangan melihat buih

jangan membaca nama pada batu nisan

banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain

banyakkan makan kismis, kurma dan madu

banyakkan makan kekacang

pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan

jangan makan sehingga terlalu kenyang

jangan kencing berdiri

Tahu kemahiran mengingat:

tampal nota-nota penting di dinding

tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah

gunakan kaedah akronim

reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat

pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil

Cekap mengatur jadual belajar:

mempunyai jadual belajar

patuh kepada jadual

buat jadual yang boleh diikuti

Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.

Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.

Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.

Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.

Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).

Pelbagaikan tempat belajar.

Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham

Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.

Ciri-ciri pelajar cemerlang:

taat kepada Allah

mendirikan sembahyang

menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka

hormati & sayangi guru

bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.

suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari

membantu rakan yang memerlukan

berdoa dan bersyukur kepada Allah

sentiasa bertawakal

mahir dalam setiap mata pelajaran

Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja.

Semoga memberi manfaat.
Sifat-sifat Terkutuk Yahudi

Daripada Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

“Jika ada sepuluh orang Yahudi beriman dengan ku, tidak akan tinggal di atas bumi seorang Yahudi pun melainkan ia memeluk Islam.” – al-Bukhari dan Ibnu ad-Dhirris.

Orang-orang Yahudi adalah terkenal dengan sifat sombong, angkuh dan keras hati. Mereka tidak akan ‘pernah’ redha dengan umat Islam sebagaimana firman Allah SWT yang maksudnya :

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka (yang telah terpesong itu).” (al-Baqarah: 120)

Ahli agama mereka selalu menyembunyikan kebenaran seperti yang disebut dalam al-Quran maksudnya:

“Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami berikan al-Kitab mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenali anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian daripada mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedangkan mereka mengetahui (salahnya perbuatan tersebut).” (al Baqarah: 146)

Dengan perkataan lain, mereka menyembunyikan sifat-sifat nabi SAW yang ada dalam kitab mereka daripada pengetahuan manusia padahal mereka mengetahui akan hakikatnya. Begitu juga mereka telah menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.

Di kalangan orang Yahudi ini ada yang pernah menyihir Nabi SAW bernama Lubaid bin al- A’som dari Bani Zuraiq.” Seorang wanita Yahudi juga pernah mengkhianati Nabi SAW dengan menghidangkan daging kambing beracun. Hingga membunuh sekalipun bukanlah perkara asing dalam sejarah umat Yahudi.

Sejak dahulu lagi bangsa Yahudi tidak pernak mengenal mangsa
sama ada bayi, kanak-kanak, remaja, lelaki, wanita walhal Nabi dan Rasul. Mereka akan membunuh siapa sahaja tanpa perasaan belas kasihan dan simpati.

Contohnya Nabi Zakaria dan Nabi Yahya telah dibunuh oleh mereka dan mereka juga menyangka bahawa mereka telah berjaya membunuh Nabi Isa. Tetapi sebenarnya tidak. Betapa sungguh zalim dan keji sifat Bani Israel ini.

Allah SWT telah berfirman yang bermaksud:

“Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israel telah dilaknat (di dalam kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka ‘menderhaka’ dan ‘selalu menceroboh.” (al-Maidah :78)

Isnin, 31 Mei 2010

9 Pedang Nabi Muhammad SAW

Dekat bawah ni adalah pedang-pedang yang pernah dipakai oleh Nabi Muhammad SAW semasa hidupnya untuk berdakwah. Jumlah kesemua pedang yang pernah digunakan ada 9 buah.Info ni dapat melalui email. Sama-sama kita check out!

1. Al Ma’thur



Dikenali sebagai ‘Ma’thur Al-Fijar’ adalah pedang yang dimiliki oleh Nabi Muhammad SAW sebelum dia menerima wahyu yang pertama di Mekah.Pedang ini diberi oleh ayahnya, dan dibawa semasa hijrah dari Mekah ke Medinah sampai akhirnya diberikan bersama-sama dengan peralatan perang lain kepada Ali bin Abi Thalib.

Sekarang pedang ini berada di Museum Topkapi, Istanbul. Berbentuk blade dengan panjang 99 cm. pemegangnya dibuat dari emas dengan bentuk berupa 2 ular dengan berlapiskan emeralds dan pirus.Dekat dengan pemegang itu terdapat Kufic ukiran tulisan Arab berbunyi: ‘Abdallah bin Abd al-Mutalib’.

2. Al 'Adb



Al-’Adb nama pedang ini bermaksud “memotong” atau “tajam.” Pedang ini dikirim kepada sahabat Nabi Muhammad SAW sesaat sebelum Perang Badar.Dia menggunakan pedang ini di Perang Uhud dan pengikut-pengikutnya menggunakan pedang ini untuk menunjukkan kesetiaan kepada Nabi Muhammad SAW.Sekarang pedang ini berada di masjid Husain di Kairo Mesir.




3. Dhu Al Faqar



Dhu Al Faqar adalah sebuah pedang Nabi Muhammad SAW sebagai hasil rampasan pada waktu perang Badar.Dilaporkan bahawa Nabi Muhammad SAW memberikan pedang ini kepada Ali bin Abi Thalib, yang kemudian Ali mengembalikannya ketika Perang Uhud dengan bersimbah darah dari tangan dan bahunya, dengan membawa Dhu Al Faqar di tangannya.

Banyak sumber mengatakan bahawa pedang ini milik Ali Bin Abi Thalib dan keluarga. Berbentuk blade dengan dua mata.

4. Al Battar




Al Battar adalah sebuah pedang Nabi Muhammad SAW sebagai hasil rampasan dari Banu Qaynaqa. Pedang ini disebut sebagai ‘Pedangnya para nabi‘, dan di dalam pedang ini terdapat ukiran tulisan Arab yang berbunyi :

‘Nabi Daud AS, Nabi Sulaiman AS, Nabi Musa AS, Nabi Harun AS, Nabi Yusuf AS, Nabi Zakaria AS, Nabi Yahya AS, Nabi Isa AS, Nabi Muhammad SAW’.

Di dalamnya juga terdapat gambar Nabi Daud AS ketika memotong kepala dari Goliath, orang yang memiliki pedang ini pada awalnya.Di pedang ini juga terdapat tulisan yang diidentifikasi sebagai tulisan Nabataean.

Sekarang pedang ini berada di Museum Topkapi, Istanbul. Berbentuk blade dengan panjang 101 cm. Dikabarkan bahawa ini adalah pedang yang akan digunakan Nabi Isa AS kelak ketika dia turun ke bumi kembali untuk mengalahkan Dajjal.


5. Hatf



Hatf adalah sebuah pedang Nabi Muhammad SAW sebagai hasil rampasan dari Banu Qaynaqa. Dikisahkan bahawa Nabi Daud AS mengambil pedang ‘Al Battar’ dari Goliath sebagai rampasan ketika dia mengalahkan Goliath tersebut ketika umurnya 20 tahun.

Allah SWT memberi kemampuan kepada Nabi Daud AS untuk ‘bekerja’ dengan besi, membuat baju baja, senjata dan alat perang, dan dia juga membuat senjatanya sendiri.Dan Hatf adalah salah satu buatannya, menyerupai Al Battar tetapi lebih besar dari itu.

Dia menggunakan pedang ini yang kemudian disimpan oleh suku Levita (suku yang menyimpan senjata-senjata barang Israel) dan akhirnya sampai ke tangan Nabi Muhammad SAW. Sekarang pedang ini berada di Musemum Topkapi, Istanbul. Berbentuk blade, dengan panjang 112 cm dan lebar 8 cm.

6. Al Mikhdham



Ada yang mengatakan bahawa pedang ini berasal dari Nabi Muhammad SAW yang kemudian diberikan kepada Ali bin Abi Thalib dan diteruskan ke anak-anaknya Ali. Tapi ada khabar lain mengatakan bahawa pedang ini berasal dari Ali bin Abi Thalib sebagai hasil rampasan pada serangan yang dia pimpin di Syria.

Sekarang pedang ini berada di Museum Topkapi, Istanbul. Berbentuk blade dengan panjang 97 cm, dan mempunyai ukiran tulisan Arab yang berbunyi: ‘Zayn al-Din al-Abidin’.

7. Al Rasub



Pedang ini dijaga di rumah Nabi Muhammad SAW oleh keluarga dan sanak saudaranya seperti layaknya bahtera (Ark) yang disimpan oleh bangsa Israel.

Sekarang pedang ini berada di Museum Topkapi, Istanbul. Berbentuk blade dengan panjang 140 cm, mempunyai bulatan emas yang didalamnya terdapat ukiran tulisan Arab yang berbunyi: ‘Ja’far al-Sadiq’.

8. Al Qadib



Al-Qadib berbentuk blade tipis yang boleh dikatakan mirip dengan tongkat.Ini adalah pedang untuk pertahanan tetapi tidak digunakan untuk peperangan.

Ditulis dipedang berupa ukiran perak yang berbunyi syahadat:

“Tidak ada Tuhan selain Allah, Muhammad Rasul Allah – Muhammad bin Abdallah bin Abd al-Mutalib.”

Tidak ada indikasi dalam sumber sejarah bahawa pedang ini telah digunakan dalam peperangan. Pedang ini berada di rumah Nabi Muhammad SAW dan kemudian hanya digunakan oleh khalifah Fatimid.

Sekarang pedang ini berada di Museum Topkapi, Istanbul. Panjangnya adalah 100 cm dan memiliki sarung berupa kulit haiwan yang dicelup.


9. Qal’a




Pedang ini dikenali sebagai “Qal’i” atau “Qul’ay.” Nama yang mungkin berhubungan dengan tempat di Syria atau tempat di dekat India Cina.Ulama negara lain mengatakan bahawa “qal’i” merujuk kepada “timah” atau “timah putih”.

Pedang ini adalah salah satu dari tiga pedang Nabi Muhammad SAW yang diperoleh sebagai rampasan dari Bani Qaynaqa.Mengikut info,datuk Nabi Muhammad SAW menemui pedang ini ketika dia menemui air Zamzam di Mekah.

Sekarang pedang ini berada di Museum Topkapi, Istanbul. Berbentuk blade dengan panjang 100 cm. Didalamnya terdapat ukiran bahasa Arab berbunyi: “Ini adalah pedang mulia dari rumah Nabi Muhammad SAW, Rasul Allah.”

Sabtu, 8 Mei 2010

Tuan Guru Haji Bidin Dungun, Terengganu


PAS Terengganu telah mengadakan sambutan Jubli Emasnya di Dungun pada tahun 2006 yang lalu. Sambutan ini dibuat di tempat ia ditubuhkan iaitu Surau Haji Bidin, Sura Gate.
Kira-kira 50 tahun sebelum itu, iaitu pada 6 Julai 1956, satu perjumpaan 24 orang pemuda Islam telah diadakan di surau ini yang dikenali juga sebagai Madrasah az-Zainiyah dengan dipimpin oleh Tuan Guru Haji Bidin.

Dalam perjumpaan ini, cawangan PAS yang pertama di Terengganu telah berjaya ditubuhkan dan dinamakan sebagai PAS Cawangan Dungun dengan Tuan Guru Haji Bidin sebagai Yang Dipertuanya. Inilah bermulanya sejarah PAS Terengganu sebelum ia menjadi kubu kuat PAS hari ini.Tuan Guru Haji Bidin atau nama sebenarnya, Zainal Abidin bin Aman bin Mat Ali ialah seorang ulama yang terkenal di Terengganu. Beliau dilahirkan pada 1893 di Kampung Tasik, Wau, Ulu Dungun. Ibunya, Saadiah Jaafar ialah seorang ibu tunggal setelah suaminya meninggal dunia, tetapi kemudian berkahwin dengan Hamzah, iaitu datuk kepada bekas Bendahari Agung PAS, Ustaz Abdul Wahab Yunus.

Haji Bidin menjadi anak yatim semenjak kecil, tetapi mendapat didikan agama daripada ibunya. Ketika berusia 11 tahun, belia dihantar belajar dengan Haji Taib Hassan dan Ustaz Baki Awang di Kampung Sindol. Pada 1906, beliau memasuki Pondok Pulau Serai dan berguru dengan Tuan Guru Haji Yusof bin Lebai Isa selama enam tahun.

Image

Setelah itu beliau berhijah pula ke Pondok Losong untuk berguru dengan Tuan Guru Haji Mat Shafie Losong yang terkenal itu. Dua tahun di pondok ini, pada 1914, Haji Bidin berpindah ke Kelantan kerana tertarik dengan kemasyhuran Tok Kenali. Beliau sempat berguru dengan Tok Kenali di Pondok Kenali sehingga 1926. Beliau sempat belajar bersama-sama Sheikh Idris Marbawi dan Tuan Guru Haji Nik Mat Alim (ayah Mursyidul Am PAS).

Di samping itu, beliau berulang-alik ke Masjid Muhammadi kerana berguru dengan Tuan Guru Haji Ali Pulau Pisang dan Tuan Guru Haji Yaakub Legor. Di Pondok Kenali ini, Haji Bidin telah menjadi kepala telaah dan sempat mengajar Mufti Haji Ahmad Maher selama enam tahun. Pengajian beliau tamat pada 1926 kerana Tok Kenali menyuruh beliau balik ke Dungun membuka pondok.

Selepas beberapa ketika mengembara, sekitar 1927, Haji Bidin mula mengajar dan membuka pondok di Hulu Sungai Penaga. Ketika yang sama beliau telah dilantik menjadi Imam Muda Masjid Kampung Tengah, Kuala Dungun. Ketika menjadi imam di sini, Haji Bidin telah berhadapan dengan beberapa masalah amalan khurafat dan ajaran sesat, tetapi berkat usaha gigihnya, beliau berjaya mengatasi masalah ini.

Tujuh tahun kemudian, Haji Bidin telah membuka pondok baru di satu kawasan yang dikenali sebagai Tanah Lot. Pada 1938, sebuah madrasah telah berjaya disiapkan sebagai tempat pengajian. Bagaimanapun, beliau kekal sebagai imam di Kampung Tengah sehingga 1951. Selepas bersara sebagai imam, Haji Bidin sekali lagi memindahkan pondoknya ke Sura Gate, dan mendirikan pusat pengajian yang dikenali sebagai Madrasah az-Zainiyah yang suraunya masih wujud hingga hari ini.

Haji Bidin mengajar beberapa cabang ilmu yang penting dalam pengajian Islam seperti fiqh, hadis, nahu, tafsir, balaghah, mantiq dan lain-lain. Antara kitab yang diajar oleh beliau ialah Matan Ajrumiah, Azhari, Qatr, Syuzuz al-Zahab, Ibnu Aqil, Asymuni, Sittin, Fathul Muin, Tahrir, Mahalli, Iqna�, Fathul Wahab, Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Ibni Ibad, Iqaz al-Himam, Jauhar al-Mauhub, Siyarus Salikin dan lain-lain.

Beliau juga berjaya melahirkan ramai murid yang terkenal termasuk Ustaz Omar Shukri Embong (bekas Pesuruhjaya PAS Terengganu) dan Ustaz Abdul Wahab Yunus, bekas Ahli Parlimen Dungun yang juga pernah menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Haji Bidin, selain terkenal kerana alim dalam bidang agama dan menjadi imam di masjid, turut dihormati kerana memiliki keramat tertentu. Banyak cerita yang diriwayatkan tentang keramat yang dimiliki oleh beliau, antaranya tidak ditimpa hujan ketika menaiki perahu bersama kitab-kitabnya walau hujan sedang lebat. Pernah juga berlaku percubaan melanggar beliau dengan kereta, tetapi niat jahat itu terhalang kerana enjin kereta tersebut mati dan ia hanya boleh dihidupkan setelah orang tersebut memohon maaf kepadanya.

Beliau juga dikatakan boleh mengangkat kayu besar seorang diri. Cerita-cerita kekeramatan beliau ini telah menyebabkan beliau amat disegani oleh masyarakat di Dungun. Beliau juga dikenali sebagai seorang yang warak, lemah lembut, tidak pemarah dan tidak suka bercakap banyak. Beliau dikatakan mengikut perangai Tok Kenali.

Kerana gurunya seorang yang minat politik, Haji Bidin turut mewarisi minat ini di mana beliau semenjak di Kenali lagi sudah mula menulis dalam akhbar Majlis. Beliau tertarik dengan perkembangan politik di Istanbul tetapi keras menolak fahaman sekular yang dibawa oleh Mustafa Kamal Ataturk.

Sejak muda, kecenderungan beliau adalah politik Islam yang berasaskan al-Quran dan Sunnah. Tetapi pada peringkat awal, beliau menyokong Umno untuk menghalau British, bahkan turut berkempen dalam pilihan raya 1954 untuk menyokong Ustaz Mohd Taib Sabri menentang calon Parti Negara. Tetapi pada 1956, setelah PAS mulai berkembang, Haji Bidin bersetuju dengan gagasan politik yang dibawa oleh Pesuruhjaya PAS Pantai Timur, Datuk Mohd Asri Muda.

Atas usaha gigih beliau mengumpulkan pemuda-pemuda yang berminat dengan politik Islam, maka satu perjumpaan diadakan di suraunya di Sura Gate. Hasilnya, PAS Cawangan Dungun berjaya ditubuhkan sebagai cawangan pertama di Terengganu. Haji Bidin diberikan amanah sebagai Yang Dipertua PAS Dungun untuk satu tempoh yang lama. Beliau melepaskan jawatannya pada 1971 kerana uzur, tetapi terus komited dengan perjuangan PAS.

Enam tahun kemudian, iaitu ketika muridnya yang juga anak saudaranya, Ustaz Abdul Wahab Yunus sedang memegang jawatan sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Haji Bidin telah jatuh sakit dan meninggal dunia di rumah anaknya, Haji Anuar di Bukit Segambut, Kuala Lumpur.

Beliau meninggal dunia dalam bulan Ramadan pada 20 Ogos 1977 dan dikebumikan di perkuburan Syed Yahya, Dungun. Al-Fatihah

Tutup aurat bukan hanya bertudung

BERFESYEN kini dilihat satu kemestian. Ia begitu sinonim dengan golongan hawa. Memang menarik sekali apabila melihat seorang wanita tampil berjubah atau bertudung kepala dengan pelbagai rekaan menarik.

pix_middle

Namun, bertudung bukan sekadar berfesyen, tetapi niat si pemakai adalah menutup aurat.

Islam tidak menetapkan syarat khusus etika berpakaian asalkan bersih, menutup aurat, sopan dan sesuai dengan akhlak seorang Muslim.

Allah berfirman yang bermaksud: “Katakanlah: Siapakah yang mengharamkan (memakai) perhiasan dikeluarkanNya untuk hambaNya dan rezeki (makanan) yang baik-baik? Katakanlah: Semua itu untuk orang yang beriman ketika hidup di dunia dan khusus untuk mereka pada hari kiamat. Demikian Kami terangkan ayat itu untuk kaum yang mahu mengetahuinya. Katakanlah: Sesungguhnya yang diharamkan TuhanKu, hanya semua yang keji, baik zahir atau yang batin, maksiat dan melampaui batas tanpa kebenaran atau kamu sekutukan Allah dengan sesuatu yang tidak diberi keterangan kepadanya dan kamu katakan terhadap Allah sesuatu yang tidak kamu ketahui”. (Surah al-A’raaf ayat 32 hingga 33).

Memakai perhiasan (pakaian yang baik dan bersih) sangat besar faedahnya untuk menjaga kesihatan manusia. Begitu juga menjaga kehormatan.

Memakai pakaian yang baik itu melahirkan nikmat Allah dan terima kasih kepada-Nya. Orang mukmin diberikan pahala menerusi niat atas pekerjaan baik itu.

Perhiasan menjadi tidak baik jika ia berlebih-lebihan, seolah-olah hidup hanya untuk tujuan berhias

Malah, tidak keterlaluan dikatakan melihatkan perkembangan fesyen semasa kini ia turut tempias kepada golongan lelaki yang semakin bijak bergaya.

Lelaki metroseksual. Itulah istilah yang digunakan bagi menggambarkan lelaki moden yang menjaga setiap inci penampilan mereka.

Namun, di sebalik perubahan yang dilihat menuju pemodenan adakah Islam melarang umatnya bergaya atau berfesyen?

Jika diteliti setiap orang pasti ingin tampil menarik apabila menghadiri majlis keraian seperti hariraya, perkahwinan, ke tempat kerja atau bersantai.

Islam memandang cara berpakaian mengikut gaya semasa diharuskan asalkan menutup aurat serta sopan, tidak terlalu ketat sehingga menampakkan susuk tubuh, bersederhana, dapat membezakan antara lelaki dan perempuan serta jangan nipis hingga menampakkan warna kulit atau bentuk badan.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman: Hendaklah mereka merendahkan pandangan dan menjaga kehormatannya, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya, kecuali apa yang biasa nampak daripadanya, dan hendaklah mereka tutupkan tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau anak mereka atau anak suami mereka atau saudara mereka atau anak saudara lelaki mereka atau anak saudara perempuan mereka atau perempuan Muslimat atau hamba sahayanya atau pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (syahwat) kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti mengenai aurat perempuan. Janganlah kamu berjalan sambil menggoyangkan kaki supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (gelang kaki). Bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang beriman, mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan”. (Surah An-Nur ayat 31).

Nabi Muhammad ketika hayatnya suka pakaian berwarna putih terutama untuk solat Jumaat dan menghadiri majlis keramaian.

Ini kerana putih itu asal daripada segala warna lain selain dilihat suci dan bersih. Walaupun Nabi amat suka kepada pakaian berwarna putih, apabila hariraya Nabi memakai pakaian berwarna dan baru (bersih).

Dalam soal berpakaian Rasulullah sendiri bersifat terbuka dengan syarat ia tidak melanggar batas syariah.

Baginda memakai pakaian dari Yaman, Najran dan Mesir. Dalam hadis dari al-Mughirah bin Su’bah, beliau berkata, “Sesungguhnya Nabi Muhammad memakai jubah Rom- dalam sebahagian hadis disebut jubah Syamiah (negeri Syam)- yang sempit kedua-dua tangan bajunya.” (Riwayat al-Bukhari, Muslim al-Tirmizi, al-Nasai).

Angin peralihan daripada pakaian tradisi seperti baju Melayu bagi lelaki manakala wanita dengan baju kurung dan kebaya yang lebih moden menghakis ciri menutup aurat seperti digariskan dalam Islam.

Dari awal lagi, Islam tidak pernah melarang umatnya bergaya dan mengikuti aliran fesyen selagi ia bertepatan dengan hukum agama.

Yang penting, pastikan pakaian itu daripada jenis kain tebal, tidak nipis, jarang atau terlalu ketat. Jika bertudung, pastikan penampilan kemas.

Elakkan terlalu selekeh, comot atau memakai pakaian sehingga berbau dan mengganggu orang lain terutama ketika bersolat.

Kaum wanita boleh memakai seluar jeans yang dipadankan dengan kemeja atau blaus, tetapi perlu memenuhi syarat.

Bagi lelaki, walaupun aurat mereka dari pusat ke lutut, tidak bermakna mereka boleh berpakaian sesuka hati.

Amalan berseluar pendek atau memakai pakaian koyak tidak sesuai dan melanggar peraturan menutup aurat.

Malah, jika seseorang mahu dilihat seorang yang zuhud sehingga mengenakan pakaian yang buruk, koyak serta kelihatan selekeh, ia turut dilarang.

Dari sudut psikologi, banyak kes rogol berpunca daripada cara berpakaian wanita yang terlalu menghairahkan dan seksi.

Jika wanita menjaga aurat, ia membendung nafsu yang tidak terarah itu.
Menurut Pensyarah Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Abdul Salam Muhamad Shukri, berkata Islam tidak pernah menetapkan kod pakaian terhadap umatnya.

“Namun, wanita perlu memilih pakaian yang menutup aurat,” katanya.

Abdul Salam berkata, wanita boleh bergaya dan berhias dalam keadaan tertentu, tetapi hanya untuk suaminya.

“Secara fitrahnya, manusia sukakan sesuatu yang cantik dan indah, tetapi perlu disesuaikan dengan keadaan.

“Menjalani kehidupan sebagai orang Islam, kita sentiasa terikat dengan adab dan tingkah laku,” katanya.

Mengulas berkenaan fesyen dan gaya terkini terutama wanita yang bertudung tapi masih mendedahkan anggota tertentu seperti dada, beliau berkata ia tidak diiktiraf fesyen menutup aurat.

“Fesyen yang digayakan perlu mengikut tatacara dan adab yang menonjolkan wanita Muslimah iaitu menjaga auratnya.

“Seorang wanita itu tidak hanya menjaga maruah dirinya, malah ia membawa imej dan maruah wanita mukmin,” katanya.