Khamis, 29 April 2010

10 Cara Kaya Donald Trump

Pasti anda sudah familiar dengan nama Donald Trump bukan? Dia merupakan seorang yang berjaya dalam bidang real estate dan berasal dari Amerika Syarikat. Dia juga merupakan seorang juri sekaligus merangkap Executive Producer dalam sebuah acara television popular iaitu "The Apprentice".

Style yang unik, gaya rambut, gaya percakapannya membuatkan dia mudah diingati. Donald Trump memang memiliki bakat yang luar biasa. Menjadikan ayahnya sebagai mentor dan dia pernah mengatakan “Everything he seems to touch turns to gold”.

Ketika ini, nama Trump telah jauh lebih terkenal dari ayahnya. Donald Trump telah disenaraikan orang Amerika terkaya posisi 88 dari 400 orang (versi majalah Forbes).

Bagaimana cara kaya ala Donald Trump ?Inilah beberapa cara Donald Trump meraih kekayaan :

1. Milikilah Mimpi
Anda harus memiliki mimpi. Dengan memiliki mimpi, anda akan semakin tergerak untuk melakukan mimpi anda. Misalnya ingin membangunkan sebuah sekolah, ingin menjadi orang terkaya di daerah dan sebagainya.

2. Memiliki Tujuan yang jelas
Anda harus memiliki tujuan hidup yang jelas dan harus sabar (passionate) pada tujuan itu.

3. Think Big ( Fikir besar )
Anda harus membiasakan diri untuk berfikir suatu hal yang besar. Dengan berfikir seperti ini, ia dapat memberikan kekuatan positif bagi diri untuk melangkah. Donald Trump pernah berkata “As long as you’re going to be thinking anyway, think big". Hambatan terbesar dalam kekayaan adalah memercayai apa yang tidak boleh dijangkau. Fikirkanlah hal yang besar, maka diri anda akan menjadi orang yang besar juga.

4. Ikuti kata Hati
Kata hati anda memiliki peranan yang khusus dalam berbagai hal yang korang jalani. Kata hati adalah 'guide' dalam membuat keputusan sekaligus tulang belakang pemikiran. Mengikut kata hati sama mudahnya dengan memberikan suara. Tentanglah diri anda untuk melihat hal-hal yang berbeza dan pelajarilah hal itu.

5. Melakukan hal yang disukai
Trump berkata “Saya tidak berhubungan dengan wang. Saya sudah cukup dengan hal itu, jauh lebih dari yang saya perlukan. Saya melakukannya kerana ingin melakukannya!.”

6. Harus Fokus
Pilihlah satu hal yang paling anda sukai dan ingin kerjakan. Dengan memilih satu hal, potensi anda akan menuju tahap maksimum di bidang tersebut.

7. Terus dan terus belajar
Anda harus mengembangkan kemampuan korang dengan banyak membaca, belajar dari mentor @ guru atau dengan cara apa sekali pun.

8. Jangan hanya Berorientasikan pada Wang
Trump pernah berkata “Bagi saya, wang tidak akan pernah menjadi motivator. Ia hanya jalan untuk mempertahankan kemenangan. Bagaimana memainkan permainan itulah kesenangan yang sesungguhnya” . Dalam sebuah permainan, orang yang membangun kekayaan kerana motivasi wang adalah seorang pemimpi. Sebaliknya, mereka yang senang memainkan permainan akan menang sambil duduk berkhayal.

9. Buat Agenda (Time Line)
Anda harus memiliki rencana yang terancang dan tulislah rencana tersebut berdasarkan target waktu anda sendiri. Lakukan apa yang anda tulis dan lakukan evolusi terhadap apa yang telah anda capai dan yang belum tercapai.

10. Berfikiran Kreatif
Untuk meraih kejayaan, anda tidak harus memiliki semua sumber daya dan kemampuan. Anda boleh menggunakan kaedah OPM (Other’s People Money), OPT (Other’s People Time), dan OPE (Other’s People Experience).

Itulah antara info bagaimana Donald Trump menggunakan cara beliau untuk menjadi seorang yang popular dan kaya.

Anda bagaimana? Ada cara sendiri untuk menjadi kaya?

Tips Dato Dr. Fadzilah Kamsah

Tips-tips yang telah diberikan oleh pakar motivasi yang tak asing lagi di malaysia ni iaitu Dato Dr. Fadzilah Kamsah .Sama2 kita hayati moga memperoleh ilmu yang berguna untuk masa depan kita.Insyaallah!

Adat Makan & Minum

1)Maafkan semua kesilapan orang tak kira siapa dia tu sama ada pernah buat jahat kepada kita atau tidak.Insyaallah Allah akan lipat gandakan reseki kita.Ini kerana,sebelum tidur apabila kita memaafkan semua kesilapan orang,Otak kita akan generatekan semua ucapan kita dan kita akan bersemangat keesokan harinya.

2)Adalah lebih baik kita makan buah buahan yang ada vitamin C sebelum breakfast, lunch atau dinner dan ini merupakan satu Sunnah dan kita kan mendapat ganjaran pahala.

3)Jangan minum air semasa sedang makan dan Minum air selepas 15-30 minit selesai makan.Untuk minum, bagi teguk yg pertama , biarkan air dalam mulut diantara 10 saat kemudian baru telan.Selepas itu,Teguk kedua dan seterusnya baru boleh minum terus kerana air liur ada enzyme yg boleh membunuh kuman dlm pankreas dan perut kita.

4)Adalah lebih baik makan malam sebelum maghrib kerana ini merupakan sunnah Rasullullah.Elok kepada kita yang nak study pada waktu malam kerana otak akan berfungsi dengan lebih baik dan mudah untuk ingat apa yang kita belajar.Orang cina memang suka makan pada waktu petang diantara jam 6.30 ptg - 7.30 malam.

Adat Dalam Bilik Air

1)Selepas kita buang air kecil,Pastikan kita teran sikit kerana ini dapat elak kita dapat batu karang.Dan time nak buang air besar pula (berak),pastikan kita mengiring sikit ke kiri.Ini kerana mengikut sunnah,bila kita mengiring ke kiri,kita akan mudah buang air besar kerana perut akan tekan bladder.

Adat Mendidik Anak

1)Antara tips yang diberikan oleh Dr.Fadzillah Kamsah dalam mendidik anak, untuk dpt anak yang bijak dan genius, pastikan kita tidur mengiring ke kanan kerana jantung(terletak sebelah kiri) akan lebih mudah berdegup (baik untuk perjalanan darah) dan otak anak akan lebih cepat berkembang.

2)Jangan pakaikan anak2 "hyper active" or kurang "hyper active" baju yang bewarna orange kerana boleh merangsang tindak tanduk anak menjadi lebih nakal,dan sentiasa bersemangat waja.

Adat Mendidik Diri Sendiri(kita)

1)Amalkan amalan dan perkara2 yg baik selama 21+ dan seterusnya.Rasullullah S.A.W pernah bersabda,amalan yg diamalkan sekitar 21 hingga 30 hari seterusnya akan menjadi tabiat dan kalau tak amalkan,ilmu itu akan mati.

2)Buang semua hasad dengki,dendam,tak puas hati or whatever benda2 yang negativ yang ada dalam diri kita bagi membenarkan otak release excessive adrenaline, cortisone & toxine dan boleh kurangkan penyakit cepat letih, wajah cepat nampak tua (tua sblm waktunya),selalu sakit perut dan sebagainya.

3 Kategori Manusia

TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam
CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam
BERJAYA : Hari ini lebih baik daripada semalam

12 Prinsip Jutawan

Seorang pakar di dalam buat duit di internet iaitu saudara Mohd Nizam,telah membongkarkan 12 prinsip jutawan yang boleh kita ikut didalam menjana pendapatan di zaman kegawatan ekonomi sekarang ni.Jom sama2 kita baca :

1. Mereka rancangkan kejayaan mereka. Mereka menyematkan matlamat berapakahpendapatan yang diperlukan, mereka tahu berapa banyak yang perlu disimpandibank setiap tahun, dan mereka tahu berapa banyak modal yang diperlukanuntuk persaraan. Adalah satu kemestian bahawa jumlah tersebut ditulis denganjelas, kerana ia menjadi asas untuk tindakan. Dengan memberi tumpuan kepadamatlamat sekarang tidak akan menjejaskan jika terdapat sebarang halangan.

2. Mereka merancang dan bertindak. Mereka membuat satu simpanan tetap danterus menyimpan setiap bulan tanpa henti.

3. Orang kaya mempunyai disiplin. Mereka bertindak mengikut rancangan matlamatdan mengelakkan mengambil wang dari simpanan persaraan. Mereka tahu mengambilwang dari simpanan persaraan seperti “mencuri” daripada masa depan mereka.

4. Mereka membuat perlindungan daripada bencana. Ini bermakna mereka mengambilinsuran untuk melindungi diri daripada kehilangan aset penting seperti rumahatau kereta. Mereka juga mengambil insuran perlindungan diri sebagai persediaanjika terjadi sebarang bencana keatas diri sendiri.

5. Mereka cuba mengelakkan hutang. Seorang pengurus kewangan yang bijak cubauntuk mengelakkan hutang dan membayar dengan lebih awal jika boleh.

6. Mereka menjadikan pendapatan sementara kepada tetap dengan menyimpan denganbijak.

7. Mereka berjimat keatas setiap ringgit yang dibelanjakan.

8. Mereka benci berbelanja.

9. Mereka sukakan menyimpan. Mereka tahu setiap wang yang disimpan akanmemberikan hasil yang lumayan pada masa depan.

10. Mereka terus belajar daripada guru-guru yang sudah berjaya, oleh itu merekaakan lebih berjaya.

11. Mereka mempunyai sikap positif tentang wang. Mereka bukan seorang yang tamakatau menjadi hamba kepada duit sehingga melupakan tanggungjawab kepada Tuhan.

12. Mereka selalu mencari peluang untuk membuat wang dan menyimpan sebanyakyang boleh.

kesimpulan :Anda mahu jadi seperti jutawan?tepuk dada tanya hati :)

Selasa, 13 April 2010

MUTIARA KATA

DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Biar pendiam tapi berisi, daripada bising menyusahkan orang; biar banyak ingatkan mati, daripada hidup bagaikan arang.”

“Berlarilah terus hingga ke garisan penamat, sebab perlumbaan yang tidak sampai ke garisan penamat tidak pernah selesai.”

“Pengetahuan adalah teman anda yang terbaik. Ia sentiasa mengikut anda ke mana pun anda pergi. Tatkala semua orang menolak anda, pengetahuan tetap membisikkan sesuatu yang berharga.”


“Jadilah orang cerdik supaya senang hidup tapi kalau dah terlalu senang selalu jadi tak cerdik.”

“Tupai kalau tak pernah jatuh ke tanah kira memang pandai, tapi bila jatuh itu tentu terlebih pandai.”

“Jika anda mengaku orang jadilah orang, jangan jadi orang-orang.”

“Usah mimpi menakluk bintang kalau bulan pun tak kelihatan.”

“Orang yang banyak duit selalunya tak bawa duit dalam poket tapi kadang-kadang orang yang tak bawa duit dalam poket sebab memang tak berduit.”

“Jika anda diperdaya orang, itu tandanya anda baik, sebab orang jahat tak akan pilih orang jahat untuk diperdayakan.”

“Belumlah seseorang itu layak digelar pendekar selagi dia belum berjuang.”

“Jangan takut terlambat. Yang paling bahaya adalah berhenti dan langsung tak bertindak.”

“Apa nak takut dengan madu, masuk ke perut jadi ubat; tapi takutilah lebah, kalau menyerang boleh padam.”

“Kaya bukan tiket hidup bahagia tapi kalau tak kaya kembarnya derita.”

“Paling indah hidup apabila kita mendapat semua yang kita inginkan, tapi paling tak indah bila dah dapat itulah punca masalah hidup kita.”

“Nak pandai belajarlah, tapi kalau nak memandai-mandai tak payah tunggu pandai.”

”Sembahyang itu ketenangan. Ketenangan benihnya kepintaran, kepintaran itu jawapnya kecemerlangan. ”

“Manusia takut pada hantu tapi tak takut berperangai macam hantu.”

“Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang yang menggembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik untuk kita. Kadang-kadang di situlah letaknya bahagia.”

“Pesawat yang betul bukan saja memastikan kita selamat ke destinasi yang betul, tapi penghujung yang betul.”

“Baca buku menyuluh ilmu. Ilmu dibaca banyak manfaat, kenapa susah sangat nak baca buku. Kan buku tu penuh khasiat.”

“Bawa pulang seorang sahabat yang tidak jemu-jemu menasihat – buku.”

”Setiap jalan keluar dari alam perkahwinan jawapannya derita, sengsara dan air mata.”

“Nak mencium wangi jangan berdiri atas duri.”

“Tanamlah benih yang baik supaya kamu memetik hasil yang baik.”

“Nak buat sesuatu jangan terjah dulu tapi belajarlah dulu.”

“Fikir itu kepalanya berkat.”

“Cinta untuk dinikmati bukan ditangisi.”


“Tak semua yang indah tu membahagiakan, kadang-kadang ia hanya indah di anak mata, bila di tangan sendiri ia berubah warna.”

“Usah direnung ke langit hingga terlupakan bumi, sedangkan langit tak mungkin dicapai, bumi setia di bawah telapak kaki.”

”Tak ada orang untung sepanjang masa; ada ketikanya rugi jugak; tak ada orang rugi sepanjang masa, ada ketikanya untung jugak. ”

“Tatkala kita di bawah yakinlah kita pasti akan berada di atas, dan tatkala kita berada di atas yakinlah kita tak selamanya di situ.”

“Bertindaklah seperti apa yang kita nak jadi.”

“Usah berhenti mencari maklumat baru sebab setiap maklumat baru menjadi titik pemisah kita daripada tertipu.”

“Kecemerlangan itu bermula dari kebahagiaan dan kebahagiaan itu bermula dari keredhaan TUHAN, manakala keredhaan TUHAN itu datangnya dari semua perbuatan baik yang kita lakukan.”

“Hidup bukan perjudian tapi perjuangan.”

“Setiap perjalanan hidup adalah pengalaman. Setiap pengalaman itu adalah pengetahuan. Setiap pengetahuan bermakna kepandaian dan setiap kepandaian bermakna kehidupan yang lebih istimewa.”

“Perjalanan adalah sebaik-baik guru.”

“Mengajar binatang bercakap lebih mudah daripada mengajar manusia berhenti bercakap.”

“Perkahwinan adalah satu tanggungjawab untuk saling bertanggungjawab.”

“Tak guna membeli buku kalau tak dibaca, tapi itu lebih baik daripada langsung tak kenal buku.”

“Kita menghormati diri kita apabila kita berikan dia kesempatan mengenal ilmu.”

“Berfikirlah dulu sesaat sebelum bertindak terus sepuluh minit.”

“Hakikatnya banyak bangsa di dunia ini telah merdeka tapi fikirannya masih terbelenggu oleh penjara diri.”


“Yang mahu ke depan ramai. Yang sanggup berdepan saja tak ramai.”

“Kalau nak tahu kita ini tinggi atau rendah, jangan tengok orang tinggi tapi tengoklah orang rendah.”

“Bagi yang tahu, yang susah itu adalah senang, bagi yang tak tahu yang senang itu adalah susah. Tapi bagi yang tak tahu tapi mengaku tahu, yang senang itu akan menyusahkan orang yang tahu.”

“Orang yang hidupnya menyusahkan orang sebenarnya bukanlah orang.”

“Perkara yang paling seronok dibuat ialah berhutang, perkara yang paling susah untuk dibuat ialah membayar hutang.”

“Pada asasnya hidup itu tidaklah susah, yang susah ciri-ciri untuk menjadikan hidup itu suatu kehidupan dan biasanya ciri-ciri itu kita sendiri yang menciptanya.”

“Sesuatu yang berharga tak mudah mendapatkannya, ibarat memetik bintang di hujung dunia.”

“Bukan semua laba itu nikmat, adakalanya laba mendatangkan bala.”

“Genggam bara api biar sampai jadi intan.”

“Kalau hidung masih berhingus jangan fikir soal kahwin, tapi kalau hidung asyik berhingus itu mungkin tanda menyesal sebab berkahwin.”

“Jodoh memberatkan kepala, setelah mendapat jodoh boleh jadi semakin memberatkan kepala.”

“Biar berdiri di puncak tertinggi tapi tanah masih di kaki daripada kaki memang di tanah, tapi merasakan tidak jejak ke bumi.”

”Penjara diri jauh lebih berbahaya daripada penjara besi.”

“Nak tidur itu mudah, yang payah nak tidur nyenyak sepanjang malam, bebas dari igauan ngeri, bebas dari gangguan nyamuk, bebas dari ngorok.”

“Negara yang maju bukan negara yang merdeka tapi bagaimana mereka menafsirkan erti kemerdekaan itu.”

“Lihatlah alam cari kehebatan, lihatlah diri cari motivasi.”

“Selamatkanlah dirimu dari penjara diri kerana ia lebih berbahaya daripada penjara besi.”


“Usah ditengok tuahnya orang, tuah sendiri berada di kaki, usah tergadai menjadi arang, tapi terus teguh memotivasi diri.”

“Pelajaran itu penting, ibarat lilin apabila bekalan elektik terputus.”

“Kan lebih bagus kita ada benda dan boleh berbangga dengan apa yang kita ada daripada kita langsung tak boleh berbangga sebab langsung tak ada apa-apa.”

“Jadilah cerdik supaya bergeliga, tapi tak usah terlalu bergeliga nanti hilang pula cerdiknya.”

“Bukan cantik saja isunya, tapi kesihatan yang utama. Bukan lawa dan hansem saja matlamatnya, tapi kesihatan yang utama.”

“Yang penting tindakannya bukan apa yang hanya berlegar di dalam fikirannya.”

“Kita tertarik ke belakang, faktor luaran tak banyak campurtangan, yang sebetulnya diri kita sendiri yang jadi dalang.”

“Orang baik jarang mengaku jahat, tapi orang jahat seronok mengaku baik.”

“Bukan semua yang manis itu manis adakalanya di hujung lidah ia manis di hujung tekak menjadi pahit.”

“Maut juruintai yang tak pernah lalai.”

“Biar pendiam tapi berisi, daripada bising menyusahkan orang; biar banyak ingatkan mati, daripada hidup bagaikan arang.”

“Tak ada kerja cuba menjaja, cuba-cuba jugalah menjaja gula, tak ada kerja cari kerja, dah ada kerja tak senonoh pula.”

“Usah terlalu hairan melihat pelangi tapi terlebih hairanlah melihat bagaimana kamu berdiri.”

“Berjaya dalam hidup sekarang ini ialah lambang orang yang bekerja keras. Hanya orang yang bekerja keras dan kuat berusaha akan menikmati kejayaan. Dan hanya orang yang berani saja akan mampu menterjemahkan kejayaannya dalam bentuk benda. Dan hanya orang yang betul-betul larat, berkeupayaan dan berkemampuan saja yang sanggup memiliki benda yang jarang-jarang orang mampu memilikinya.”

“Alam sediakalanya cantik dan semua usaha dalam alam ini asalnya cantik, tinggal kita saja nak bagi lebih cantik atau tak nak bagi cantik.”

“Musuh kita yang paling jahat adalah hati kita, tapi kawan kita yang baik pun adalah hati kita.”

”Memuji seorang sama seorang itu ampu namanya, mengeji di khalayak ramai itu cabaran namanya, sebab itu pujian adalah racun, cacian adalah penawar.”

“Tanpa mulut lidah tak berfungsi, tanpa lidah mulut tak bererti.”


Dipetik dari :
http://katapujangga.blogdrive.com/